Lebih 2 jam aku tiba2 menggatalkan tangan aku untuk menulis blog 50-50 ini. Pendekatan blog aku lebih kepada pemikiran aku yang selalunya 50-50 (baca : limapuluh limapuluh)

50-50 biasanya ditakrifkan sebagai keputusan atau situasi yang tiada mencapai persetujuan atau berbelah bagi atau tidak tahu sama ada berlaku ataupun tidak.

limapuluh50 akan menerbitkan pemahaman minda aku berasaskan kepada beberapa situasi yang sedang melanda negara ketika ini.

Terhangat dipasaran adalah mengenai PPSMI. Sokong atau anti? Aku sendiri tak pasti. Untuk percubaan, aku menggunakan sepenuhnya antaramuka bagi blog aku ini dengan menggunakan bahasa melayu (hampir 90% kot). Penulisan pun aku cuba-cuba menulis dalam bahasa melayu kerana jikalau aku menulis dalam bahasa inggeris aku akan memerlukan beberapa minit (mungkin jam) untuk menterjemahkan semula apa yang aku fikirkan dalam bahasa melayu.

Lagi hangat kisah mentua letak, menantu naik.. Tuduhan yang sama tapi hukuman berbeza. Yang terbukti bersalah dilarang bertanding, yang memang dah terbukti bersalah pula cuma diberi amaran. siap boleh menang lagi. Apakah sang Pemuda merestui politik wang yang mana semua politikus-politikus memang cuma mengejar kepentingan peribadi dan wang berbanding perjuangan dan nasib bangsa?

Aku ini sayang bahasa melayu, tapi aku juga sayang bangsa melayu. Sebab aku melayu tipikal. Aku takut satu hari kelak yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Harap mungkin ada juga pembaca yang sanggup membaca blog aku ini. Sekian. Terima kasih

serez